Your Attractive Heading

Kenali
Kami…

01
Tujuan
Sabah Bangkit

Kenyataan Pengasas

SABAH BANGKIT BERSAMA GRS: PILIHAN RASIONAL RAKYAT DEMI MASA DEPAN SABAH MAJU JAYA

“Kami Rakyat, Defaktor Kebangkitan Sabah Demi Masa Depan Sabah Maju Jaya.”

Sabah Bangkit Bersama GRS ditubuhkan sebagai wadah suara rakyat yang menyokong kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran dan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pertubuhan ini bertujuan membantu rakyat memahami agenda sebenar kerajaan, khususnya pelaksanaan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), secara berfakta dan bertanggungjawab.
Sebagai gerakan masyarakat, Sabah Bangkit Bersama GRS berperanan menangkis fitnah, maklumat palsu serta agenda politik pembangkang yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan keharmonian negeri. Penubuhan ini berlandaskan kepercayaan bahawa Sabah memerlukan kepimpinan yang stabil, dasar yang realistik dan sokongan rakyat yang bersatu demi masa depan negeri dan generasi akan datang.
Md Feroz
Pengasas, Sabah Bangkit Bersama GRS

02
Ahli Sabah Bangkit

Jentera Sabah Bangkit

@MdFeroz

PENGASAS

@LONG

MEDIA/LAPANGAN

@YB TIKTOK Khaleff

MEDIA/LAPANGAN

SABAH BANGKIT BERSAMA GRS

“Kami Rakyat, Defaktor Kebangkitan Sabah Demi Masa Depan Sabah Maju Jaya.”

Sabah Bangkit Bersama GRS ditubuhkan sebagai wadah sokongan rakyat kepada kerajaan negeri yang sah, berfungsi sebagai suara keseimbangan dalam landskap politik Sabah. Pertubuhan ini komited untuk mempertahankan kepentingan negeri, menyokong kepimpinan kerajaan dan memastikan rakyat menerima maklumat yang benar, jelas dan berfakta.
Dengan kepimpinan pengasas bersama ahli sabah bangkit, pertubuhan ini diyakini mampu menjadi rakan strategik masyarakat yang konstruktif, progresif dan relevan demi Sabah yang stabil, maju dan bersatu. Terima Kasih. -Sabah Bangkit- Assalamualaikum & Salam Sejahtera Rakyat Sabah – Sabah Maju Jaya !!!

03
Logo Official